Ini sekadar perkongsian yang merupakan salah satu tugasan saya..Maka sebarang teguran amat-amat dialukan..
PERSOALAN:
Antara manhaj Imam Bukhari ialah memotong dan meringkaskan teks hadis. Huraikan manhaj ini dan tujuan Imam Bukhari lakukan perkara ini.
Sebelum kita melanjutkan perbincangan manhaj ini, saya ingin mengemukakan suatu persoalan berkaitan isu ini. Adapun meringkas dan memotong teks hadis merupakan manhaj yang digunakan Imam Bukhari, namun adakah kita tahu apakah yang menyebabkan manhaj yang Imam Bukhari lakukan ini dapat membenarkan metod meringkas hadis, memotong sebahagian kalimahnya apabila kalimah yang di potong itu tidak saling berkaitan sebagai sebahagian metodologi dalam penulisan sesebuah hadis?
Demikian, terlebih dahulu kita perlu meneliti apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai memotong dan meringkaskan teks hadis. Manhaj ini dengan kata lain kita katakan sebagai ikhtisar. Meringkas dan memotong teks hadis seperti yang diutarakan oleh persoalan di atas merujuk kepada perbincangan matan hadis. Maka Imam Bukhari telah menggunakan manhaj ini di dalam meringkas matan hadis yang berkaitan.
- Berkata Dzahabi : “Meringkas hadis dan memotongnya hukumnya boleh jika tidak mengubah makna hadis”. Di antara bentuk meringkas menyebutkan matan (teks hadis) lebih dulu baru sanadnya atau sebaliknya, seperti ucapannya “Telah bersabda Rasulullah saw; Penyesalan itu adalah taubat, yang telah mengkhabarkan oleh si fulan dari si fulan.”
- Ibnu Hajar berkata : “Majoriti ulama menyatakan boleh meringkas hadis dengan syarat yang melakukannya adalah seorang yang alim kerana mereka tidak akan membuang kalimah dalam hadis melainkan kalimah yang tak ada kaitannya dengan lafaz hadis yang dia kemukakan sekira tidak berbeza petunjuk maknanya, tidak mencacatkan kejelasan hadis hingga antara yang di sebutkan dan yang tidak di sebutkan menempati dua bentuk pengkhabaran, atau menunjukkan kalimah yang dia sebutkan itu terhadap makna kalimah yang dia potong. Berbeza dengan orang jahil, maka mereka akan membuang kalimah yang ada perkaitan dengan kalimah yang ia sebutkan, seperti membuang kalimah pengecualian (hingga maknanya menjadi rosak) .
Adapun demikian, manhaj yang digunakan oleh Imam Bukhari ini kita dapat lihat adanya hubungkait dengan kewujudan hadis yang berulang-ulang yakni dikenali sebagai takrar. Oleh itu, takrar (pengulangan) inilah yang membenarkan metod memotong dan meringkaskan sesebuah hadis.
Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan manhaj ini untuk diperjelaskan iaitu;
- Taqhti’
- Ikhtisar
Taqthi’ ialah memotong sesuatu hadis dibeberapa tempat, sesuai dengan hukum yang diambil daripada hadis tersebut atau judul bab. Imam Bukhari berpendapat bahawa memotong hadis dibenarkan jika bahagian yang dibuang itu tiada kaitan dengan potongan kalimah sebelum dan sesudahnya, sehingga tidak mengubah maksud hadis tersebut.( Lihat, Tsanallah al-Zahidi, Taujih al-Qari, Dar el-Fikr, t.t., hal. 41.)
Tujuan metod ini adalah;
- Beliau hendak menyatakan hukum yang pelbagai dari hadis tersebut sesuai dengan judul bab. Disebabkan keperluan sedemikian itulah beliau memotong hadis tersebut sesuai dengan bab yang dinyatakan.
- Wujudnya sumber hadis yang terhad bagi beliau kerana periwayatan hanya melalui satu jalur, maka beliau yatasharrafu fihi (mengubah unit hadis itu). Demikian, disebabkan itulah wujudnya matan secara lengkap ataupun sebahagian sahaja mengikut kesesuaian bab.
- Imam Bukhari ada memotong sebahagian matan untuk satu bab tetapi tidak dikemukakan potongan itu pada bab yang lain. Hal itu diberlakukan bila penggalan yang dibuang itu mauquf (ucapan dan perbuatan yang disandarkan pada sahabat)
- Beliau hendak meringkas sanad
- Beliau hendak menyatakan hukum dari hadis tersebut yang relevan dengan judul bab.
Ikhtisar bermaksud meringkas hadis dengan membuang sesuatu daripadanya, baik sanad atau matan, atau kedua-duanya. Oleh sebab itu, dalam Shahih Bukhari kita akan menjumpai beberapa hadis diriwayatkan oleh sejumlah rawi secara lengkap, namun di bahagian lain secara ringkas, baik sanad atau matan, atau kedua-duanya.
Secara umumnya perkara ini ada beberapa sebab mengapa Imam Bukhari melakukan demikian;
- Imam Bukhari hendak memilih yang lebih tepat sesuai dengan bab,
- Imam Bukhari hendak menghilangkan kesamaran perawi yang menyampaikannya,
- Imam Bukhari mahu menyambungkan sanad yang terputus dengan menyebutkan sumber asal, sehingga saling melengkapi dan menguatkan.
Untuk memahami implikasi sepenuhnya dari metode ini, di sini saya sertakan contoh meringkas matan berdasarkan tajuk perbincangan kita. Bagi meringkas sanad adalah merujuk kepada isu yang lain;
Contoh Meringkas Matan
Pada kitab al-‘ilm bab di atas, al-Bukhari mengemukakan hadis sebagai berikut:
حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنِي سَعِيدٌ هُوَ ابْنُ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِي شُرَيْحٍ أَنَّهُ قَالَ لِعَمْرِو ابْنِ سَعِيدٍ وَهُوَ يَبْعَثُ الْبُعُوثَ إِلَى مَكَّةَ ائْذَنْ لِي أَيُّهَا الْأَمِيرُ أُحَدِّثْكَ قَوْلًا قَامَ بِهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْغَدَ مِنْ يَوْمِ الْفَتْحِ سَمِعَتْهُ أُذُنَايَ وَوَعَاهُ قَلْبِي وَأَبْصَرَتْهُ عَيْنَايَ حِينَ تَكَلَّمَ بِهِ حَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ مَكَّةَ حَرَّمَهَا اللَّهُ وَلَمْ يُحَرِّمْهَا النَّاسُ فَلَا يَحِلُّ لِامْرِئٍ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ أَنْ يَسْفِكَ بِهَا دَمًا وَلَا يَعْضِدَ بِهَا شَجَرَةً فَإِنْ أَحَدٌ تَرَخَّصَ لِقِتَالِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيهَا فَقُولُوا إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَذِنَ لِرَسُولِهِ وَلَمْ يَأْذَنْ لَكُمْ وَإِنَّمَا أَذِنَ لِي فِيهَا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ثُمَّ عَادَتْ حُرْمَتُهَا الْيَوْمَ كَحُرْمَتِهَا بِالْأَمْسِ وَلْيُبَلِّغِ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ فَقِيلَ لِأَبِي شُرَيْحٍ مَا قَالَ عَمْرٌو قَالَ أَنَا أَعْلَمُ مِنْكَ يَا أَبَا شُرَيْحٍ لَا يُعِيذُ عَاصِيًا وَلَا فَارًّا بِدَمٍ وَلَا فَارًّا بِخَرْبَةٍ
Maksudnya;
Imam al-Bukhari berkata, “Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada kami, ia berkata, ‘Al Laits telah menceritakan kepada saya.’ Ia berkata, ‘Sa’id—dia adalah anaknya Abu Sa’id—telah menceritakan kepada saya, dari Abu Syuraih bahawa dia berkata kepada ‘Amru bin Sa’id saat dia mengutus rombongan ke Makkah, ‘Wahai amir, izinkan aku menyampaikan satu persoalan yang pernah Nabi saw. sampaikan dalam khutbahnya saat pembebasan Mekah. Kedua telingaku mendengar, hatikumerasakannya dan kedua mataku melihat, beliau memuji Allah dan mensucikan Allah seraya bersabda, ‘Sesungguhnya Mekah, Allah telah mensucikannya dan orang-orang (Musyrikin Makkah) tidak mensucikannya. Maka tidak halal bagi setiap orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir menumpahkan darah di dalamnya, dan tidak boleh mencabut pepohonan di dalamnya. Jika seseorang minta keringanan kerana peperangan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw. di dalamnya maka katakanlah ‘sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengizinkan Rasul-Nya dan tidak mengizinkan kepada kalian.’ Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengizinkanku pada satu saat pada siang hari kemudian dikembalikan kesuciannya hari ini sebagaimana disucikannya sebelumnya. Maka hendaklah yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir.’ Maka dikatakan kepada Abu Syuraij, ‘Apa yang dikatakan ‘Amru?’ Dia berkata, ‘Aku lebih mengetahui daripadamu wahai Abu Syuraij: ‘Beliau tidak akan melindungi orang yang bermaksiat, orang yang menumpahkan darah dan orang yang mencuri’.”
Hadis ini dikemukakan pula pada kitab al-haj, bab fadhl al-haram, dengan sanad berbeza dan matan yang ringkas, sebagai berikut:
حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِاللَّهِ حَدَّثَنَا جَرِيرُ بْنُ عَبْدِالْحَمِيدِ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ طَاوُسٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَّمَهُ اللَّهُ لَا يُعْضَدُ شَوْكُهُ وَلَا يُنَفَّرُ صَيْدُهُ وَلَا يَلْتَقِطُ لُقَطَتَهُ إِلَّا مَنْ عَرَّفَهَا
Imam al-Bukhari berkata, “‘Ali bin ‘Abdullah telah menceritakan kepada kami. Jarir bin ‘Abdul Hamid telah menceritakan kepada kami, dari Manshur, dari Mujahid, dari Tawus, dari Ibnu ‘Abbas Ra. ia berkata, ‘Rasulullah saw bersabda pada hari pembebasan kota Makkah: “Sesungguhnya tanah ini telah diharamkan oleh Allah, maka tidak boleh ditebang pohonnya dan tidak boleh diburu haiwan buruannya dan tidak ditemukan satupun barang yang hilang kecuali harus dikembalikan kepada yang mengenalnya (pemiliknya)’. “
Pada hadis ini tidak ada bahagian atau kalimah seperti yang dikemukakan pada bab sebelumnya.
SEKIAN PENJELASAN SAYA MENGENAI MANHAJ IMAM BUKHARI DI DALAM SAHIH BUKHARI...
WALLAHU ALAM..

No comments:
Post a Comment